Blogger Backgrounds

Monday 21 October 2013

Jika aku diberi kuasa. Aku ingin lenyap dari dunia ini. Kenapa manusia terlalu kejam. Kenapa manusia terlalu jahil sesama manusia. Aku bukanlah malaikat ataupun nabi mahupun Tuhan. Tolonglah faham aku manusia biasa. Aku melakukan silap. Aku akur dengan ketentuan aku. Aku terima jika memang takdir aku begini. Tapi kita sebagai manusia hormatlah privasi masing masing dan respect each other. Tidak kira kau siapa dan aku siapa. Kita sama sama hamba Allah.

Sampai masa aku rasa aku bukanlah aku yang terbaik untuk semua. Aku lemah. Aku wanita memang insan yang lemah. Siapa emgkau untuk mencanang cerita aku. Siapa engkau mahu membuka segala keaiban aku. Siapa engkau untuk menentukan syurga atau neraka aku.

Inilah manusia. Pantang melihat sesama manusia bahagia. Jika benar bahagia itu bukan sebahagian hidup aku. Aku redha. Biarlah aku begini selamanya. Tapi aku mohon jangan engkau pertikaikan diri aku. Kerna aku adalah aku dan engkau juga seperti aku. Jangan kau merasa kau cukup hebat dan cukup sempurna untuk orang sekeliling kau. Jika kau mampu berada di tempat aku. Walaupun jauh beribu batu kau cuba lalui seperti mane aku lalui dan aku mampu tersenyum dan ketawa di hadapan orang. Kau memang kuat Jangan tunjukkan kau hebat melalui keburukan kau. Jangan bertabik dada di muka bumi Allah dengan apa yang kau ada. Jika kau berada di bawah kelak kau akan merasa apa itu ertinya sakit, pengorbanan dan kebahagiaan.

Aku tidak pernah menyalahkan takdir akan hidup aku. Aku terima segalanya, Sudah takdir aku begini. Aku memang begini dan aku akan begini. Memang sukar tapi aku juga mahukan bahagia. Aku berhak untuk bahagia. Aku berhak. Allah menjanjikan terbaik untuk semua hambanya, In Shaa Allah

Friday 4 October 2013

Lelaki. Susahnya untuk faham apa yang lelaki mahukan. Apa yang lelaki fikirkan. Apa lelaki inginkan. Susahnya bagi aku untuk bersabar dalam segala hal. Jika perjalanan hidup ini mudah. Dari lahir kita tahu bila jodoh ajal kita alangkah tidak mencabarnya hidup ini. Alangkah jikalau aku tahu engkau lah lelaki untukku. Tidak perlu rasenya aku berperasaan seperti pengemis jalanan. Tidak perlu agaknya aku menahan kepedihan rasa sakit dipermainkan. Perasaan yang diinjak seperti aku boneka yang engkau cari ketika engkau bosan.

Kenapa aku masih sendiri ? Tipulah kalau dalam hati tiada rasa sedih. Tiada rasa mahu disayangi. Tipulah kalau aku tidak cemburu melihat kebahagiaan orang lain. Tipulah segalanya aku tidak sunyi. Sehingga suatu ketika aku berputus asa. Hidup matiku hanya untuk Allah dan keluarga.

Jika rasa sakit itu disimpan sendiri ianya amat pedih. Lelaki, tidakkah kau merasa apa aku rasa. Jika niatmu hanya untuk berjenaka pergilah engkau jangan sekali pandang ke belakang melihatku menangis kegilaan. Jika benar engkau bukan segalanya bagi aku. Aku redha cuma aku sentiasa berharap engkau terbaik untuk jodohmuselamanya.

Jika suatu masa aku melihat engkau di atas pelamin bersama isterimu. Akan ku terseyum bahagia untukmu. Di atas kurnianNya yang tidak ternilai yang Allah jadikan untukmu dan isterimu. Doa yang ikhlas aku titipkan untukmu kawan. Kerana aku tahu jodoh itu milik Allah yang sangat tidak ternilai.

Jika suatu masa kau melihat jasadku terkulai tidak bermaya aku mohon kau titipkan doa yang baik untukku. Jangan sesekali kau melupakan aku. Kerna aku sentiasa berharap engkau sentiasa menjadi sahabat dunia akhiratku. Wasalam