Hidup memasing tak sama. Walaupun hidup aku ta seindah korang aku tetap rasa Alhamdulillah dengan apa yang aku ada dan dapat. Siapa sangka tahun 2013 ini telah mengubah aku. Tahun 2013 ini banyak berjasa pada aku. Aku tak akan mintak diputarkan masa kembali aku cuma mahu masa berjalan lah seperti selalu dengan sejuta makna. Macam korang selalu kata 'time flies' memang lah setahun kau rasa mcm 'eah dah nak tahun baru' aku pun rasa macam tu jugak. Apa orang kata dunia akhir zaman masa pun berlalu dengan pantas.
Tepuk dada tanya selera apa azam tahun baru kau ? Aku yang tahun lepas azam lain jadi lain tapi alhamdulillah lah azam yang baik terjadi hohohoho. Tahun nie aku nak target bebetul lah aku dah malas nak jadi mcm mat jenin yang berangan tak jadi hapo.
Yang utama semestinya : menjadi anak yang solehah kepada
kedua orang tuaku. Menjaga dan menyayangi mereka adalah separuh nyawaku. Dan
aku harap aku berpeluang untuk menjaga dan menyayangi mereka sepanjang umur
aku. Kerna bagi aku mereka adalah segalanya dalam hidup aku. Tanpa mereka aku
lemah aku tak kuat untuk berdiri di atas kaki aku sendiri.
Yang kedua : pointer mesti tinggi aku nak teruskan Master
terus dekat UKM in Shaa Allah ade rezeki aku di UKM lagi tidak akan aku sia
siakan. Semoga Allah permudahkan segalanya kelak.
Yang ketiga : aku nk buang sikap boros aku yang gila
shopping mcm hape. Aku nak sekat keluar duit aku (aku nie dah lah pinjam PTPTN
oiii ) gila lah kalau sebulan tu nak dekat RM500 habis tah kemana aku pun boleh botak cegini.
Yang keempat : Doa yang selalu aku harap Allah perkenankan (dekatkan aku dengan orang baik untuk jaga aku dimasa hadapan kelak) semestinya suami. Itu yang mampu aku doa yelah aku perempuan kot risau jugak bila sekarang pun tade boyfriend (orang kata aku memilih) haih kalaulah kau tahu bukan senang jadi wanita untuk memilih lelaki yang terbaik untuk menjadi imam dalam keluarga. Tapi aku bukan nk kahwin sekarang pun. Target untuk masa depan je.
Btw Happy New Years Guys. For Degree's students jangan nak berangan duduk tepi pantai dengan girlfriend/boyfriend tengok bunga api study for Final. Good Luck and All the best . Salam 2014 :)