hidup mereka lengkap hanya kerana lalui kesusahan itu?
betul itu. kesusahan yang dilalui mereka itu mengajar mereka untuk menjadi lebih menghargai. mereka tidak tergamak untuk membiarkan makanan yang dimakan oleh mereka menjadi sisa hanya kerana mereka tahu betapa sukar untuk mendapatkannnya. mereka juga tidak tergamak untuk melukai hati dan perasaan orang lain sebab mereka juga pernah dilukai bila mereka cuba mendapatkan bantuan daripada golongan yang kaya. mereka pernah menangis bila anak anak mereka sakit seba mereka tidak mampu untuk membawa anak anak mereka ke hospital. waktu mereka dalam kesusahan seperti itu mane perginya golongan golongan yang mengaku diri mereka mulia? sedangkan orang yang mulia akan menolong orang yang hidupnya tersepit. pada hakikatnya, maruah dan harga diri mereka lebih tinggi,bernilai dan berharga jika dibandingkan dengan manusia yang kaya raya yang nilai moral mereka terlalu rendah. saban hari golongan yang megah ini mengusung perempuan ke sana ke mari. hukum hakam agama entah kemana. bila mereka mempunyai masalah mereka meneguk air syaitan. bila mereka jumpa pengemis di tengah jalan mereka akan menendang pegemis itu seperti anjing kurap. sedangkan pengemis itu inginkan dari mereka bukannya banyak. hanya untuk mengisi perut mereka yang ta pernah kenal apa itu makanan lazat. golongan yang kaya ini hanyut dalam kehidupan dunia yang hanya pinjaman Allah. mereka menindas orang orang miskin, menipu mereka dengan janji janji manis. berkata mahu membantu mendirikan bangunan supaya tidak ada lagi yang menganggur dalam masa yang sama mereka mengambil kesempatan. disini kita tahu orang kaya ta pernah merasa erti kesusahan. tidak pernah merasa terbeban. tidak pernah merasa kesempitan dan mereka tidak tahu menghargai.
jadi ?
yang mana antara dua golongan itu yang hidup mereka lengkap?
si miskin hidupnya perit tetapi mereka mengenal erti hidup
manakala
si kaya pula yang hidupnya senang tetapi bergelumang dengan dosa ?
setiap umat islam perlu hidup dalam landasan yang betul.
perlu sedar bahawa di sisi Allah
setiap insan adalah sama
perlu juga sedar
manusia yang mempunyai kesombongan walaupun sebesar satu zarah
tidak LAYAK untuk mengisi syurga Allah :)
bila manusia dah baik akidahnya
masyarakat secara semula jadi akan saling bantu membantu
bagaikan anggota badan bila gigi sakit
semuanya akan turut terkena tempiasnya
dan begitulah sebaliknya.
Dedicated from Novel ' Akhir Sebuah Cinta'
by Siti Nur Dhuha
i love novels very much
novel helps me to get more knowledge very much
thanks a lot :)
No comments:
Post a Comment