Blogger Backgrounds

Friday, 4 October 2013

Lelaki. Susahnya untuk faham apa yang lelaki mahukan. Apa yang lelaki fikirkan. Apa lelaki inginkan. Susahnya bagi aku untuk bersabar dalam segala hal. Jika perjalanan hidup ini mudah. Dari lahir kita tahu bila jodoh ajal kita alangkah tidak mencabarnya hidup ini. Alangkah jikalau aku tahu engkau lah lelaki untukku. Tidak perlu rasenya aku berperasaan seperti pengemis jalanan. Tidak perlu agaknya aku menahan kepedihan rasa sakit dipermainkan. Perasaan yang diinjak seperti aku boneka yang engkau cari ketika engkau bosan.

Kenapa aku masih sendiri ? Tipulah kalau dalam hati tiada rasa sedih. Tiada rasa mahu disayangi. Tipulah kalau aku tidak cemburu melihat kebahagiaan orang lain. Tipulah segalanya aku tidak sunyi. Sehingga suatu ketika aku berputus asa. Hidup matiku hanya untuk Allah dan keluarga.

Jika rasa sakit itu disimpan sendiri ianya amat pedih. Lelaki, tidakkah kau merasa apa aku rasa. Jika niatmu hanya untuk berjenaka pergilah engkau jangan sekali pandang ke belakang melihatku menangis kegilaan. Jika benar engkau bukan segalanya bagi aku. Aku redha cuma aku sentiasa berharap engkau terbaik untuk jodohmuselamanya.

Jika suatu masa aku melihat engkau di atas pelamin bersama isterimu. Akan ku terseyum bahagia untukmu. Di atas kurnianNya yang tidak ternilai yang Allah jadikan untukmu dan isterimu. Doa yang ikhlas aku titipkan untukmu kawan. Kerana aku tahu jodoh itu milik Allah yang sangat tidak ternilai.

Jika suatu masa kau melihat jasadku terkulai tidak bermaya aku mohon kau titipkan doa yang baik untukku. Jangan sesekali kau melupakan aku. Kerna aku sentiasa berharap engkau sentiasa menjadi sahabat dunia akhiratku. Wasalam

No comments:

Post a Comment