Alhamdulillah kini aku bergelar Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian. Diri yang sering merendah diri hanya menganggap diri tidak layak menjejak kaki di Uni ini. Allah Maha Adil. Kita mampu merancang hanya Dia menentukan. Terlalu banyak perluang Dia beri padaku. Buka lah mata Buka lah hati. Bukalah minda. Bersyukur pada Maha Esa.
Pernah aku terfikir kenapa hidupku begini. Kenapa aku tidak seperti dia. Tetapi tanpa aku sedari orang lain pula inginkan kehidupan seperti aku. Janganlah bersedih. Jikalau kau merasa kau lah manusia paling malang. Ada lagi malang dari kau. Tapi mereka tidak pernah mengeluh atas hidup mereka. Mereka bahagia. Bagi mereka hidup mereka lengkap dengan adenya agama dan Allah. Sering kita terfikir hendak menjadi orang terkaya. Bahagianya hidup kita. Persoalannya bahagiakah ? Menjadi orang kaya dan salah membawa harta ke jalan yang salah. Akhirat menunggu kehadiran kita atas tanggungjawab itu.
Memang. Memang hidup ini tidak seindah kita impikan. Tapi ingat hidup ini adil. Jangan sesekali terfikir kenapa hidup tidak adil. Kenapa aku miskin dan dia kaya. Kenapa dia cantik aku tidak. Kenapa dia pandai aku tidak. Kenapa dia disanjung dan aku tidak. Berfikirlah kamu. Di dalam semua kesempurnaan yang anda fikirkan tiada pada kamu itu Allah simpankan di akhirat sana. Kaya kau selamanya di rumahNya. Cantik muda kekal kau di syurga. Pandai cerdik kau di sisi Allah. Kau disanjung tinggi dengan akhlak terpujimu.
Orang yang cantik selalu lalai. Leka dengan pujian sehingga lupa apa yang dimiliki itu hanya sementara. Ianya milik Allah dan sekelip mata sahaja Allah berhak mengambil semula. Seperti aku kata jika kau rasa kau tidak cantik itu silap besar. Allah itu adil. Kau sungguh cantik dimataNya dan kau sungguh cantik dalamanmu.
Aku juga manusia. Aku juga lalai. Aku juga leka. Aku sering melakukan dosa. Aku pernah terasa ingin menjadi seperti burung yang terbang bebas tanpa sebarang masalah. Tapi aku lupa yang aku mahkluk paling bertuah menjadi seorang manusia yang tinggi darjatnya di mata Allah. Allahuakhbar !
Terima kasih ya Allah atas segala nikmatMu yang tidak terhingga. Semoga aku sentiasa menjadi insan yang sering Engkau perhati dan Kau sayangi. Amin
Alhamdulillah , its motivated me a lot tasha :)
ReplyDeleteme too. insyAllah kta cuba yang terbaik hihi
DeleteIn shaa Allah. Goodluck tasha :)
Delete