Blogger Backgrounds

Friday 19 April 2013

Penghijrahan yang insyAllah diredhaiNya



Salam Alaikummm. 

Blog dah lama ta update. Rindu.Banyak perkara hendak dicerita tapi dari mana hendak mula.Itu persoalannya.Sedia maklum, setelah menjadi pelajar Matrikulasi masa yang ada sangat padat. Curi masa tulis blog pun rasa mcm ‘ haih tapelah baik study’ .

Alhamdulillah lagi dua hari aku akan menduduki PSPM2. Bukan Pre SPM okay.Ramai jugak peril.Ishh. PSPM stand for Peperiksaan Semester Peringkat Matrikulasi (kira mcm final kamilah ). Tamat PSPM2 maka tamatlah kisah hidup aku di Matrikulasi.Tarikh last paper aku 30 April 2013. Guess what the day ?its my big day everybody. Shout ‘ Happy Birthday to Me’ lalalalalalala. Seriously I can’t wait for the day. But yeah I’m not ready yet for final. Takut sangat.Doakan kejayaan aku dunia akhirat yee.

Bercerita tentang Matrikulasi Kuala Pilah nie.Aku ada benda nak share.Mungkin luaran Nampak happy nak habis Matrik.Tapi sebenarnya sedih. Ta sanggup rasanya nak tinggalkan kawan kawan disini yang banyak membantu aku. Mengajar aku erti kehidupan.Macam mana rasanya mahu meninggalkan mereka. Roomates dan classmates yang budiman dan baik hati. Sukar untuk aku mendapat pengganti.
Mungkin ramai dah tahu dan perasaan akan penghijrahan aku. Ye. Aku dalam proses penghijrahan. Alhamdulillah sudah Sebulan 7 Hari aku sudah berhijab.Niat berhijab aku pada 12 mac 2013. Semua pelik kan. Tapi ini kuasa Allah tiada yang pelik.12 Mac tu birthday my beloved cousin, Ikaa actly.Pelikkan macam mane birthday dia tapi aku dapat semua ini.


My Lovely Roomates. from left Atiqah, Faziera, me and Rasheeda

My classmats. ta semua ada.

Kawan yang banyak membantu. Aqilah Hidayah and Atiqah * classmate*



Let me tell uols step by step. Ini yang aku nak dari dulu.Memang tidak dinafikan aku memang suka berhijab.*macam kalau kerja aku pakai tudung kalau kuar sometimes aku pakai*. Aku nak berhijrah pada awal tahun ini * kira mcm newyear wish lah kan* tapi entah aku rasa mcm ta ready langsung. Aku tade rasa nak pakai.Aku tade rasa nak berubah. Liatnya kan hati ini Ya Allah. Pernah jugak terdetik * aku akan berhijab bila aku dah jumpa Jodoh aku *Nampak kan ketidakikhlasan aku* rasa malu sangat bila ingat balik.
Perubahan yang aku lakukan bukanlah terus mendadak.Oleh kerana aku tidak terfikir langsung nak bertudung. Aku cuba ubah diri aku slow slow. Aku cuba menjaga solat ku dan pergaulan aku *cara percakapan* Alhamdulillah aku mampu menjaga solatku. Aku rasa tenang sangat bila aku sentiasa mendekatkan diri kepadaNya.
Tiga hari sebelum penghijrahan aku. Semua tertanya apa berlaku. Yeah aku tulis dalam diari aku *buku diari* tentang apa aku rasa dan for sure masa aku tulis aku menangis. Aku tulis balik untuk tatapan kalian.




      Jumaat, 8Mac2013
‘ Orang kata hidup tak selalunya indah. Pengalaman mengajar kita.Aku masih dibayangi masa silamku.Perlu ke aku kuburkan masa silam hitamku.Allah pernah berkata ‘Tidak akan berubah hidup seseorang itu klau bukan dirinya sendiri mengubahnya’. Aku cuba nak berubah ya Allah. Ya Allah bantulah hambamu ini.Aku teringin sangat. ********* *****( nama someone yang rapat dengan aku sekarang) muncul dikala aku kesunyian. Dikala aku hidup keseorangan.Insan yang banyak mengajar aku tentang kehidupan. Tapi aku takut akan bayang bayang aku aku sendiri. Aku sayangkan dia ya Allah tapi terlalu awal untuk aku dibuai rasa bahagia dan manisnya percintaan.Aku ta mampu menjadi insan terbaik untuknya.Aku takut menghadapi disaat melihat kekecewaannya.Hati aku kosong sangat sekarang. Aku cuba hadirkan rasa cinta. Tapi tiada.Yang ada hanyalah rasa sayang sebagai kawan dan abang.Maafkan aku duhai awak.Ya Allah kau bantulah hambamu ini.2 Mac Blackberry aku hilang.Aku redha. Dugaan Allah *yang penting aku ta menangis pun*. Terlalu banyak. Tasha sedarlah wahai hati sesungguhnya jangan engkau  terlalu taksub. Wahai hati janganlah engkau mendengar kata syaitan.Sedarlah kau telah banyak menyusahkan ibu bapa kau.Belajarlah dahulu.insyAllah semuanya akan menjadi baik. Alhamdulillah aku Berjaya menjaga solatku.Aku bermohon kepada kau Ya Allah supaya suatu hari nanti aku Berjaya menjaga auratku.Amin.Aku mahukan hidayahmu ya Allah.Bantulah aku.Pimpinlah aku.Aku terlalu hina di mata kau ya Allah. Aku takut akan dosa dosa ku. Aku malu pada kau ya Allah. Aku ta tahu apa yang aku rasakan sekarang. Tapi yang pasti aku cuba mengubah diriku. Kuala Pilah. Banyak mengajar aku aku.Mengubah aku. Aku akan merindui Kuala Pilah ini nanti. Ya Allah jika dia adalah jodohku kau kuatkanlah jodoh kami.Kau bukakanlah pintu hati kami supaya saling menerima.Jika dia bukan jodohku kau tutupkanlah pintu hatiku daripada segala maksiat dan zina hati.Kau lindungilah aku.Kau berikanlah kebahagiaan kepadaku untuk aku kuat meneruskan kehidupan ini. Amin
Nurul Natasha binti Riduan.Masih terlalu mentah dengan kehidupan.Masih belum kuat untuk terus berjuang.Masih terlalu lemah untuk berdiri teguh. Tetapi aku akan terus mencuba. Semoga Allah memberkati apa jua aku ingin tempuh. Dugaan.Terlalu banyak.Bagaimana aku hendak hadapinya.Ya Allah aku buntu.Kau tunjukkanlah jalan kepadaku.Bantulah hambamu ini.Apa salahku. Kenapa aku tidak diberi kesempatan untuk berubah.Kenapa orang masih memandang kejahatanku.
‘ LIHATLAH AKU SEKARANG BUKAN AKU YANG DUKU. SESUNGGUHNYA SETIAP MANUSIA DIBERI KESEMPATAN UNTUK MENGUBAH KEHIDUPANNYA KERANA ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PEMAAF ‘


Secebis warkah yang aku tulis dalam diari aku.Yang pasti aku menangis semasa menulis.Hanya kepada Allah aku meluahkan segala.Kepada Allah aku meminta pertolongan.Dalam hidup aku. Aku berpegang pada prinsip ‘ Allah tidak akan mengunah hidup sesorang kalau dia tidak berusaha mengubahnya ‘. Semua tertanya itu je ke buat aku berubah.Tidak. Semasa dalam proses aku menjaga solat dan pergaulanku * usahaku* aku diberikan hidayah oleh Allah. Ya Allah bergenang air mataku bila ingat balik.
Ya . Tapi masa tu gap class dua jam aku balik bilik. Dari pukul 12 – 2.Aku mengantuk yang amat.Aku tertidur. Kalian teka apa aku dapat. Aku mimpi. Yes. Mimpi yang menakutkan.Menggerunkan.Menyakitkan ya Allah.Aku nampak NerakaMu ya Allah.Aku rasa panasnya ya Allah.Aku rasa bagaimana badanku dibakar.Aku rasa betapa peritnya seluruh tubuhku. Yang aku mampu jerit ‘ MAKKKK TOLONG ACA MAKK SAKIT ACA PANAS YA ALLAH PANASS PANASS PANASS PANASS ‘ aku terjaga dari mimpi dengan badan menggigil dan berpeluh. Aku terus terbangun menangis.Azan Zohor berkumandang.Ya Allah aku takut sangat masa tu ya Allah.Aku anggap ini hidayah yang Allah berikan setelah usaha yang aku lakukan. Bagi kalian yang masih berkata dalam diri ‘ hidayah belum dapat. Masih menunggu hidayah ‘ ingatlah wahai kalian. Allah itu maha adil. Dia tidak akan memberikan hidayah itu jika engkau sendiri tidak berusaha. Menunggu seperti bintang jatuh keriba.Tidak kunjung tiba.Satu lagi persoalan. Kenapa perlu tunggu hidayah itu ?bukankalh menutup aurat itu benda yang wajib . Tanya diri kita ‘ kenapa Allah cipta manusia ? kenapa ?adakah dia cipta manusia untuk kita melanggar perintahnya. Buat diriNya murka. Sedih akan perlakuan kita. Allah ciptakan kita supaya kita beribadat kepadanya  supaya kita taat perintahnya. Supaya kita menjadi bidadari dan ahli syurganya.Bukan ahli nerakaNya.Nauzubillah.
Inilah perubahan aku yang aku rasa aku bersyukur yang amat dan aku rasa aku ta menyesal.Aku gembira sangat. Setiap kali solat aku akan menangis. Aku akan meratapi dosa silamku. Aku takut Allah tidak mengampunkan dosaku.Aku semakin tenang sekarang.Aku cintakan kehidupan aku sekarang.Tanpa lelaki. Yes. Pintu  hatiku ditutup. Tiada siapa mampu masuk buat masa sekarang.Penguat aku ialah Allah dan keluargaku. Alhamdulillah mak aku suka sangat dengan perubahan aku ‘ kan manis anak mak pakai tudung ‘ hihi. Ungkapan yang buat aku rasa nak menangis peluk mak.Kawan kawan yang sentiasa menerima perubahan diri ini terima kasih banyak banyak.Aku banyak dapat sokongan dari kawan kawan.Especially kawan kawan lama aku semua cari aku dan aku dapat sokongan yang ya Allah aku sendiri sebak.Roomates yang tidak pernah memaksa aku memakai tudung apabila aku keluar dengan mereka padahal semua roomates aku pakai tudung.Benda nie mcm buat aku malu. Dalam diam cara mereka yang tidak memaksa itu buat aku rasa ‘ kenapa aku mcm nie ta malu ke Taca ‘. Classmates yang sentiasa sokong aku. Ingat lagi kata dayah ‘ Sha aku malu dengan kau sha even aku yang bertudung nie pun ta minat buku agama tapi kau aku bangga sangat. Kau suka’ sebaknya hati ini tapi aku ta tunjuk. Aku hanya mampu senyum ‘ ala normal lah mane ada just aku suka tapi kau lagi baik dari aku Dayah ‘.
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah.Yang buruk itu datang dari kita sendiri.Maafkan aku kalau ada terguris hati sesiapa.Saling bermaafan itu indah.Jauhkan sikap iri hati sombong dan bongkak dalam diri ini.Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dunia akhirat.Doaakan kejayaan ku untuk PSPM. Doakan semoga penghijrahan ini berkekalan bukan hanya untuk diriku tapii insyAllah aku akan membawa kepada hamba hambaMu yang lain ya Allah. Bismillah.







Meraka Sahabat aku dunia akhirat







Yang sentiasa menyayangi kalian, Taca Cenonett

 



No comments:

Post a Comment