Blogger Backgrounds

Monday 30 December 2013

Alhamdulillah syukur tak terkata aku masih bernyawa untuk merasai tahun baru yang kira permulaan tahun puluhan aku. Yeah lepas nie tade lagi dah sweet teen teen lol. 2014 yang semua orang mengharapkan supaya menjadi tahun yang lebih baik dari tahun 2013. Bagi aku tahun 2013 banyak mengajar aku dan memberi semangat baru dan aku harap tahun 2014 menjanjikan yang terbaik juga.

Hidup memasing tak sama. Walaupun hidup aku ta seindah korang aku tetap rasa Alhamdulillah dengan apa yang aku ada dan dapat. Siapa sangka tahun 2013 ini telah mengubah aku. Tahun 2013 ini banyak berjasa pada aku. Aku tak akan mintak diputarkan masa kembali aku cuma mahu masa berjalan lah seperti selalu dengan sejuta makna. Macam korang selalu kata 'time flies' memang lah setahun kau rasa mcm 'eah dah nak tahun baru' aku pun rasa macam tu jugak. Apa orang kata dunia akhir zaman masa pun berlalu dengan pantas.

Tepuk dada tanya selera apa azam tahun baru kau ? Aku yang tahun lepas azam lain jadi lain tapi alhamdulillah lah azam yang baik terjadi hohohoho. Tahun nie aku nak target bebetul lah aku dah malas nak jadi mcm mat jenin yang berangan tak jadi hapo. 

Yang utama semestinya : menjadi anak yang solehah kepada kedua orang tuaku. Menjaga dan menyayangi mereka adalah separuh nyawaku. Dan aku harap aku berpeluang untuk menjaga dan menyayangi mereka sepanjang umur aku. Kerna bagi aku mereka adalah segalanya dalam hidup aku. Tanpa mereka aku lemah aku tak kuat untuk berdiri di atas kaki aku sendiri.

Yang kedua : pointer mesti tinggi aku nak teruskan Master terus dekat UKM in Shaa Allah ade rezeki aku di UKM lagi tidak akan aku sia siakan. Semoga Allah permudahkan segalanya kelak.

Yang ketiga : aku nk buang sikap boros aku yang gila shopping mcm hape. Aku nak sekat keluar duit aku (aku nie dah lah pinjam PTPTN oiii ) gila lah kalau sebulan tu nak dekat RM500 habis tah kemana aku pun boleh botak cegini. 

Yang keempat : Doa yang selalu aku harap Allah perkenankan (dekatkan aku dengan orang baik untuk jaga aku dimasa hadapan kelak) semestinya suami. Itu yang mampu aku doa yelah aku perempuan kot risau jugak bila sekarang pun tade boyfriend (orang kata aku memilih) haih kalaulah kau tahu bukan senang jadi wanita untuk memilih lelaki yang terbaik untuk menjadi imam dalam keluarga. Tapi aku bukan nk kahwin sekarang pun. Target untuk masa depan je.

Btw Happy New Years Guys. For Degree's students jangan nak berangan duduk tepi pantai dengan girlfriend/boyfriend tengok bunga api study for Final. Good Luck and All the best . Salam 2014 :) 

Wednesday 13 November 2013

Apabila engkau memasuki satu fasa yang bernama Universiti kau akan rasa ape yang aku rasa. Rasa dikhianati, diperguna, dimainkan, disalahertikan dan pelbagai lagi. Jika engkau bukanlah seorang yang kuat dalam aspek fizikal dan mental kau mungin akan kecundang akhirnya. Jika engkau bukan jenis yang tabah dan sabar mungkin engkau akan jatuh tersungkur menangis kegilaan.

Suka aku menasihatkan orang yang bertanya aku erti persahabatan. Bagi aku tiada erti persahabatan disini. Biarlah ianya menjadi erti kawan. Kerana bagi aku sahabat dan kawan adalah dua benda yang berbeza. Aku bukanlah sombong hakikatnya akulah manusia paling peramah. Tetapi apa yang aku lalui membuat aku lebih berhati hati dalam apa jua aku masuk ke dalam dunia realiti ini. Bagi aku hendak berkawan boleh tetapi janganlah terlalu baik sehingga orang pijak kepala kau. Jangan terlalu menganggap apa yang dihadapan mata kau adalah kawan yang terbaik pernah engkau dapat. Bagi aku kawan yang engkau sayang ketat ketat itulah adalah musuh ketat kau kelak. Orang yang kau percaya macam nak rak tu lah yang mencanang nama kau cerita kau kehulur kehilir kelak. Orang yang kau rasa ada dikala kau susah itulah orang yang akan lari dari kau kelak. Orang yang kau rasa peneman kau menangis dikala kau hilang keyakinan diri dialah orang yang ketawa atas tangisan kau. 

Jika engkau tanya siapa kawan baik aku. Aku jua tiada jawapan itu. Jangan cakap aku tidak hargai kawan kawan aku. Oleh sebab aku hargai merekalah aku takut merasa kehilangan mereka. Aku layan mereka semua sama rata. Jangan persoalkan kenapa aku lebih suka berdiam diri sedangkan orang lain duduk berkelompok bergelak ketawa bergosip sesama mereka. Hidup didunia realiti pahit berbanding fantasi. Siapa mahu sendiri sedih dan duka. Tapi itulah hakikatnya realiti. Kawan dikala kita senang berderet beratur mcm hape. Kawan dikala kita duka akhirnya keluarga kita jua. Keluarga jua yang sentiasa berada disamping kita. Jangan kau buang keluarga kau hanya kerana kawan. Dalam apa jua erti keluarga adalah keutamaan.

Monday 21 October 2013

Jika aku diberi kuasa. Aku ingin lenyap dari dunia ini. Kenapa manusia terlalu kejam. Kenapa manusia terlalu jahil sesama manusia. Aku bukanlah malaikat ataupun nabi mahupun Tuhan. Tolonglah faham aku manusia biasa. Aku melakukan silap. Aku akur dengan ketentuan aku. Aku terima jika memang takdir aku begini. Tapi kita sebagai manusia hormatlah privasi masing masing dan respect each other. Tidak kira kau siapa dan aku siapa. Kita sama sama hamba Allah.

Sampai masa aku rasa aku bukanlah aku yang terbaik untuk semua. Aku lemah. Aku wanita memang insan yang lemah. Siapa emgkau untuk mencanang cerita aku. Siapa engkau mahu membuka segala keaiban aku. Siapa engkau untuk menentukan syurga atau neraka aku.

Inilah manusia. Pantang melihat sesama manusia bahagia. Jika benar bahagia itu bukan sebahagian hidup aku. Aku redha. Biarlah aku begini selamanya. Tapi aku mohon jangan engkau pertikaikan diri aku. Kerna aku adalah aku dan engkau juga seperti aku. Jangan kau merasa kau cukup hebat dan cukup sempurna untuk orang sekeliling kau. Jika kau mampu berada di tempat aku. Walaupun jauh beribu batu kau cuba lalui seperti mane aku lalui dan aku mampu tersenyum dan ketawa di hadapan orang. Kau memang kuat Jangan tunjukkan kau hebat melalui keburukan kau. Jangan bertabik dada di muka bumi Allah dengan apa yang kau ada. Jika kau berada di bawah kelak kau akan merasa apa itu ertinya sakit, pengorbanan dan kebahagiaan.

Aku tidak pernah menyalahkan takdir akan hidup aku. Aku terima segalanya, Sudah takdir aku begini. Aku memang begini dan aku akan begini. Memang sukar tapi aku juga mahukan bahagia. Aku berhak untuk bahagia. Aku berhak. Allah menjanjikan terbaik untuk semua hambanya, In Shaa Allah

Friday 4 October 2013

Lelaki. Susahnya untuk faham apa yang lelaki mahukan. Apa yang lelaki fikirkan. Apa lelaki inginkan. Susahnya bagi aku untuk bersabar dalam segala hal. Jika perjalanan hidup ini mudah. Dari lahir kita tahu bila jodoh ajal kita alangkah tidak mencabarnya hidup ini. Alangkah jikalau aku tahu engkau lah lelaki untukku. Tidak perlu rasenya aku berperasaan seperti pengemis jalanan. Tidak perlu agaknya aku menahan kepedihan rasa sakit dipermainkan. Perasaan yang diinjak seperti aku boneka yang engkau cari ketika engkau bosan.

Kenapa aku masih sendiri ? Tipulah kalau dalam hati tiada rasa sedih. Tiada rasa mahu disayangi. Tipulah kalau aku tidak cemburu melihat kebahagiaan orang lain. Tipulah segalanya aku tidak sunyi. Sehingga suatu ketika aku berputus asa. Hidup matiku hanya untuk Allah dan keluarga.

Jika rasa sakit itu disimpan sendiri ianya amat pedih. Lelaki, tidakkah kau merasa apa aku rasa. Jika niatmu hanya untuk berjenaka pergilah engkau jangan sekali pandang ke belakang melihatku menangis kegilaan. Jika benar engkau bukan segalanya bagi aku. Aku redha cuma aku sentiasa berharap engkau terbaik untuk jodohmuselamanya.

Jika suatu masa aku melihat engkau di atas pelamin bersama isterimu. Akan ku terseyum bahagia untukmu. Di atas kurnianNya yang tidak ternilai yang Allah jadikan untukmu dan isterimu. Doa yang ikhlas aku titipkan untukmu kawan. Kerana aku tahu jodoh itu milik Allah yang sangat tidak ternilai.

Jika suatu masa kau melihat jasadku terkulai tidak bermaya aku mohon kau titipkan doa yang baik untukku. Jangan sesekali kau melupakan aku. Kerna aku sentiasa berharap engkau sentiasa menjadi sahabat dunia akhiratku. Wasalam

Thursday 26 September 2013

Kita manusia. Kita gembira. Kita bersedih. Dan aku ? Aku tersangat gembira di hadapan orang. Aku adalah insan yang orang label 'hyperactive'. Akulah manusia yang orang suka bila berbual bersama. Kerana bagi aku membuat orang tertawa adalah kebahagiaan bagi aku. Membuat orang senang bersama aku adalah cara aku. Membuat orang berjauh hati amat membuat aku rasa amat bersalah seumur hidup. Akulah manusia yang sering menjaga perasaan manusia lain. Akulah manusia yang orang kata terlalu naif sehingga perasaan sendiri ditolak ketepi. Akulah orang yang sering sembunyikan gelodak hati yang pedih dikhayalak ramai. Kalaulah kalian mengerti ape aku lalui dan rasai mungkin laluan segala hal akan menjadi lebih mudah.

Tiada siapa sangka disebalik kegembiraan aku dihadapan manusia manusia. Akulah manusia paling tersedih didunia bila aku keseorangan. Akulah yang banyak menangis sebelum tidur. Akulah insan yang selalu menangis doa selepas solat. Akulah insan yang sering tewas dengan perasaan sendiri. Akulah insan yang sering dianggap senang dibuli untuk menjadi 'kambing hitam' . Akulah yang dianggap tiada perasaan untuk dijaga. Perasaan aku dipijak. Akulah insan yang sering dipulau oleh kawan sendiri. Akulah insan yang sering manusia cari ketika susah. Akulah insan yang manusia sering lupa semasa mereka senang. Akulah yang selalu menyimpan berjuta jnji manis manusia sekalian tetapi aku jualah yang dilupakan. Akulah semuanya.

Sesungguhnya aku bukanlah insan yang tersangat kuat untuk melalui semuanya. Aku bukanlah Nabi ataupun Malaikat. Aku manusia biasa. Kadang kala aku rebah. Rebah tanpa mampu berdiri. Aku menangis tanpa suara yang aku rasa ianya sangat sakit. Aku menangis sekuatnya sambil aku berdoa ' Ya Allah Kau kuatkanlah aku ' . Aku menangis tanpa mampu berkata sepatah pun.Dan aku tahu ianya sangat sakit.

Tapi aku tahu Allah bersama aku. Aku tidak mengharapkan sebuah kebahagiaan. Aku cuma berharap Allah bersama aku. Memerhati aku. Menjaga aku. Mendengar luahan aku. Melihat air mataku dan menemani ketika aku lemah. Memberi kekuatan kepada aku dikala aku rasa putus asa. Inilah aku. Inilah aku yang kuat kerana mampu berdiri senyum dihadapan semua orang. Mampu bergelak walaupun di dalam nya sangat terluka. Inilah aku.

Wednesday 25 September 2013

Have you just even laid in the bed at the night and cried ? Cried because of one little thing and then all the sudden everything that's wrong with you and your life pops into your head and makes you cry even more. And you don't know why you can't stop thinking of those bad things but they just keep multiplying.You feel so alone and nothing you can do about it. Its like want someone to come to talk you but you also want to be alone. Everything just feel like it's falling apart. so you just continue to cry and cry.

The worst type of trying is silent one. The one when everyone is asleep. The one where you feel it in your throat and your eyes become blurry from the tears. The one where you just want to scream. The one where you have to hold your breath and grab your stomach to keep quiet. The one you can't breath anymore


Friday 20 September 2013

One Direction - Little Things

ATTENTION !!!!

SCROLL AT THE BOTTOM THIS PAGE AND PAUSED THE MUSIC
SO THEN YOU CAN ENJOY THE VIDEO PEACEFULLY.
WATCHAAAA !!!
I'M IN LOVE WITH ONE DIRECTION, SUDDENLY ! 

Thursday 19 September 2013

Jalan yang berliku aku susuri
Memandang jauh kegelapan hati
Inginku teriak suara kecil
Melihat silam yang berduri

Manusia 
Hanya cukup satu perkataan membuat aku sedar
Aku perantau sementara
Walau beribu batu ku kejar angan dan citaku
Tetap ku rebah jua dipangkuanMu

Redha
KetentuanMu yang sangat berkuasa
Lihat kelangitMu
Yang indah coraknya
Yang permai anginnya
Yang cantik Subhanallah
Aku terpegun
Betapa hanya Kau yang mampu

Tewas
Jangan terfikir berputus asa
Genggam dan erat sekuat hati
Iltizam sejati
Sentiasa diberkati

Jadi seorang pemenang dihatiMu
tetapi merendah diri seolah pemula segala
Kerna ku tahu betapa kerdilnya aku
Betapa hinanya aku
Betapa aku sungguh malu
Untuk bertemuMu

Duhai hati
Janganlah berduka
Bergembira atas kurniaanNya
Yang tiada tolok bandingnya
Nescaya Allah merahmati kita

NORMA KEHIDUPAN

Menjadi manusia yang sempurna dihadapan orang memang mudah, Hanya perlu berlakon kau lah yang terhebat dalam segala hal. Tapi cuba kau menjadi hamba yang sempurna dihadapan Allah. Tahukah engkau betapa kerdilnya kau. Betapa hinanya kita sebagai manusia yang sering tidak lepas dari melakukan dosa. NOBODY PERFECT. Yeah i stand with this STATEMENT. Whatever you do Whatever yo try change yourself. YOU'RE NOT PERFECT. Dari situ aku belajar untuk memaafkan diri aku sendiri. Memaafkan diri yang jahil. Diri yang kosong tanpa ilmuMu. Diri yang sering lalai dengan hasutan syaitan. Diri yang leka dengan nikmat yang kau berikan. Diri yang sering lalai dengan tanggungjawab yang kau berikan. Aku belajar untuk menerima diri yang hanyut kembali mencari cahayaMu.

Alhamdulillah kini aku bergelar Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian. Diri yang sering merendah diri hanya menganggap diri tidak layak menjejak kaki di Uni ini. Allah Maha Adil. Kita mampu merancang hanya Dia menentukan. Terlalu banyak perluang Dia beri padaku. Buka lah mata Buka lah hati. Bukalah minda. Bersyukur pada Maha Esa.

Pernah aku terfikir kenapa hidupku begini. Kenapa aku tidak seperti dia. Tetapi tanpa aku sedari orang lain pula inginkan kehidupan seperti aku. Janganlah bersedih. Jikalau kau merasa kau lah manusia paling malang. Ada lagi malang dari kau. Tapi mereka tidak pernah mengeluh atas hidup mereka. Mereka bahagia. Bagi mereka hidup mereka lengkap dengan adenya agama dan Allah. Sering kita terfikir hendak menjadi orang terkaya. Bahagianya hidup kita. Persoalannya bahagiakah ? Menjadi orang kaya dan salah membawa harta ke jalan yang salah. Akhirat menunggu kehadiran kita atas tanggungjawab itu.

Memang. Memang hidup ini tidak seindah kita impikan. Tapi ingat hidup ini adil. Jangan sesekali terfikir kenapa hidup tidak adil. Kenapa aku miskin dan dia kaya. Kenapa dia cantik aku tidak. Kenapa dia pandai aku tidak. Kenapa dia disanjung dan aku tidak. Berfikirlah kamu. Di dalam semua kesempurnaan yang anda fikirkan tiada pada kamu itu Allah simpankan di akhirat sana. Kaya kau selamanya di rumahNya. Cantik muda kekal kau di syurga. Pandai cerdik kau di sisi Allah. Kau disanjung tinggi dengan akhlak terpujimu.

Orang yang cantik selalu lalai. Leka dengan pujian sehingga lupa apa yang dimiliki itu hanya sementara. Ianya milik Allah dan sekelip mata sahaja Allah berhak mengambil semula. Seperti aku kata jika kau rasa kau tidak cantik itu silap besar. Allah itu adil. Kau sungguh cantik dimataNya dan kau sungguh cantik dalamanmu. 

Aku juga manusia. Aku juga lalai. Aku juga leka. Aku sering melakukan dosa. Aku pernah terasa ingin menjadi seperti burung yang terbang bebas tanpa sebarang masalah. Tapi aku lupa yang aku mahkluk paling bertuah menjadi seorang manusia yang tinggi darjatnya di mata Allah. Allahuakhbar !

Terima kasih ya Allah atas segala nikmatMu yang tidak terhingga. Semoga aku sentiasa menjadi insan yang sering Engkau perhati dan Kau sayangi. Amin 

Sunday 12 May 2013

Ya Allah kau kuatkanlah imankuu
Kau jauhkan aku dari azab nerakaMu
Kau lindungilah aku dari hasutan syaitan 
Lindungilah aku dengan rahmat dan hidayahMu

Aku takut sangat ya Allah
tapi aku tahu walau dimana aku berada kau sentiasa bersamaku
sentiasa memerhatiku
mendengar luahan hatiku
memberiku rezeki yang tiada tolok bandingya

Dalam surah Al Baqarah ada mengatakan bahwa
Orang yang mendapat hidayahMu adalah mereka yang sangat bertuah
Aku sangat bertuah
Terima kasih ya Allah
Aku amat bersyukur dengan apa yang kau berikan

Malam ini aku menangis lagi selepas Joe (kawan dari Twitter)
menyokong dan memberi dorongan selepas membaca blog aku
Thanks Joe for support me
i'm so touched
He's proud of me
and me so thankfull to Allah
He's said 
Budak muda seperti aku mencari identiti diri
mencari keberkatan ilahi
supaya sentiasa disayangi dan diberkati Allah
insyAllah
Aminn :)



Thursday 2 May 2013

Coretan

KEHIDUPAN. Ada onak durinya. Pahit manis semua akan ada. Tiada orang hnya merasa manis tanpa pahit sahaja. Lidah pun boleh tergigit kan. Aku beginilah. Belajar dari kehidupan yang pahit menjadikan kehidupan aku lebih manis. Semua kata hidup ini tidak adil.Kenapa aku begini. Kenapa dia begitu. Hey aku pun sometimes feel the same. Say the same thing. But actly Kita sendiri yang buat benda tu jadi ta adil. Kita tahu benda itu berisiko tetapi kenapa kita masih berani buat.

Ppls always ask me the same thing. Bila nak bercinta balik. Boyfriend mana. Wargghh stress.Tiada masa untuk bercinta lagi. Tiada masa untuk enjoy lagi. Aku dah besar. Yeahh look forward. I need someone who can be my Imam be my good Husband. insyAllah one fine day. Semoga Allah hantarkan lelaki itu untuk menerima diri ini yang serba kekurangan.

Kenapa perlu menangis untuk someone that i think you shouldn't. Bila kalian putus cinta. mesti kita bercakap dengan diri kita kenapalah aku bercinta dengan lelaki yang salah. kenapa aku dah banyak buang masa dengan orang yang salah. You should know we'll meet the wrong one before the right one. Allah itu adil. Mr right tak kan ada. same goes like Mr Perfect. but the right guy mesti ada.

Aku suka memerhati tingkah laku orang. Tak bermakna aku stalker. Ta bermakna aku suka judge orang. Aku memerhati dan aku mengkaji. Di mana sebenarnya salah manusia. Dari mulutnya ke dari tangannya ke dari kakinya ke. Lain orang lain cara. Lain orang lain citarasa.

Yeah even aku bertudung sekarang. Tak bermakna aku kena berkawan dengan yang bertudung juga. Mereka tetap kawan aku. Dunia akhirat.  Orang akan kata ' ei dia dah bertudung mesti lepasnie judge orang yang free hair ' come on its not me. aku pernah free hair aku pernah merasai zaman gelap. Wanita bertudung ta semestinya baik dan wanita tidak bertudung pula tidak semestinya jahat. Tapi wanita yang baik pasti bertudung. Fikirkan.

Dunia akhir zaman. Kalian tak rasakannya ke ? Kita manusia akhir zaman. Banyak sangat tanda tanda kiamat kecil sudah berlaku.Tidak takutkah kalian dengan azabNya. Bila aku sendirian. Aku menangis terfikir dosa silamku. Aku menjerit Aku meraung, hanya Allah yang mengerti hati ini.

Azan. Aku suka aku cinta mendengar Azan. Sayup memanggil kita menunaikan ibadah. Sedarkah kita Azan itu satu hidayah ? Memanggil kita untuk mendirikan solat. Menuju kejayaan. Beramal soleh. Berjumpa Allah. Tidak teringinkah untuk berjumpa Allah ? Dekat denganNya. Sungguh tenang menangis di sejadah. Mengadu nasib denganNya. Allah sentiasa mendengar, Menjadi pemerhati dan pendengar yang setia. Renungkan.

Wednesday 1 May 2013

HAPPY BIRTHDAY TACA

30 APRIL 2013
i'm 19th !!
seriously sedih sangat satu wish langsung ta dapat dari totet
then 1 Mei 2013
i got this surprise !!!!!


 At Monsta Cafee, Bukit Indah
Thanks a lot Baby Shakyra Nyza Umar Zyyla Umar Ikaa Zunairi Eyaa Musal Shah Zain Halis Iqbal Muffin Harry for the wonderful day


you know what i love totet so much. i love chugaissss.
thanks for the surprise. thanks for being my good friends.
insyAllah kawan dunia akhirat


and this i got the last time !!!!
 dah elok elok gerak dari Salsa belakang Salsa Nyja and Zyyla konon konon acah acah kereta rosak. then aku kena serbu ini !!! damn it gaisss hahahahahhahaha
\
 Aku akan ingat ini semua sepanjang hayat aku. 
 Ikhlas Taca Cenonett 
i forgot thissss !!


bila tah nama aku jadi chipmunk ! hahahahaa




Friday 19 April 2013

Penghijrahan yang insyAllah diredhaiNya



Salam Alaikummm. 

Blog dah lama ta update. Rindu.Banyak perkara hendak dicerita tapi dari mana hendak mula.Itu persoalannya.Sedia maklum, setelah menjadi pelajar Matrikulasi masa yang ada sangat padat. Curi masa tulis blog pun rasa mcm ‘ haih tapelah baik study’ .

Alhamdulillah lagi dua hari aku akan menduduki PSPM2. Bukan Pre SPM okay.Ramai jugak peril.Ishh. PSPM stand for Peperiksaan Semester Peringkat Matrikulasi (kira mcm final kamilah ). Tamat PSPM2 maka tamatlah kisah hidup aku di Matrikulasi.Tarikh last paper aku 30 April 2013. Guess what the day ?its my big day everybody. Shout ‘ Happy Birthday to Me’ lalalalalalala. Seriously I can’t wait for the day. But yeah I’m not ready yet for final. Takut sangat.Doakan kejayaan aku dunia akhirat yee.

Bercerita tentang Matrikulasi Kuala Pilah nie.Aku ada benda nak share.Mungkin luaran Nampak happy nak habis Matrik.Tapi sebenarnya sedih. Ta sanggup rasanya nak tinggalkan kawan kawan disini yang banyak membantu aku. Mengajar aku erti kehidupan.Macam mana rasanya mahu meninggalkan mereka. Roomates dan classmates yang budiman dan baik hati. Sukar untuk aku mendapat pengganti.
Mungkin ramai dah tahu dan perasaan akan penghijrahan aku. Ye. Aku dalam proses penghijrahan. Alhamdulillah sudah Sebulan 7 Hari aku sudah berhijab.Niat berhijab aku pada 12 mac 2013. Semua pelik kan. Tapi ini kuasa Allah tiada yang pelik.12 Mac tu birthday my beloved cousin, Ikaa actly.Pelikkan macam mane birthday dia tapi aku dapat semua ini.


My Lovely Roomates. from left Atiqah, Faziera, me and Rasheeda

My classmats. ta semua ada.

Kawan yang banyak membantu. Aqilah Hidayah and Atiqah * classmate*



Let me tell uols step by step. Ini yang aku nak dari dulu.Memang tidak dinafikan aku memang suka berhijab.*macam kalau kerja aku pakai tudung kalau kuar sometimes aku pakai*. Aku nak berhijrah pada awal tahun ini * kira mcm newyear wish lah kan* tapi entah aku rasa mcm ta ready langsung. Aku tade rasa nak pakai.Aku tade rasa nak berubah. Liatnya kan hati ini Ya Allah. Pernah jugak terdetik * aku akan berhijab bila aku dah jumpa Jodoh aku *Nampak kan ketidakikhlasan aku* rasa malu sangat bila ingat balik.
Perubahan yang aku lakukan bukanlah terus mendadak.Oleh kerana aku tidak terfikir langsung nak bertudung. Aku cuba ubah diri aku slow slow. Aku cuba menjaga solat ku dan pergaulan aku *cara percakapan* Alhamdulillah aku mampu menjaga solatku. Aku rasa tenang sangat bila aku sentiasa mendekatkan diri kepadaNya.
Tiga hari sebelum penghijrahan aku. Semua tertanya apa berlaku. Yeah aku tulis dalam diari aku *buku diari* tentang apa aku rasa dan for sure masa aku tulis aku menangis. Aku tulis balik untuk tatapan kalian.




      Jumaat, 8Mac2013
‘ Orang kata hidup tak selalunya indah. Pengalaman mengajar kita.Aku masih dibayangi masa silamku.Perlu ke aku kuburkan masa silam hitamku.Allah pernah berkata ‘Tidak akan berubah hidup seseorang itu klau bukan dirinya sendiri mengubahnya’. Aku cuba nak berubah ya Allah. Ya Allah bantulah hambamu ini.Aku teringin sangat. ********* *****( nama someone yang rapat dengan aku sekarang) muncul dikala aku kesunyian. Dikala aku hidup keseorangan.Insan yang banyak mengajar aku tentang kehidupan. Tapi aku takut akan bayang bayang aku aku sendiri. Aku sayangkan dia ya Allah tapi terlalu awal untuk aku dibuai rasa bahagia dan manisnya percintaan.Aku ta mampu menjadi insan terbaik untuknya.Aku takut menghadapi disaat melihat kekecewaannya.Hati aku kosong sangat sekarang. Aku cuba hadirkan rasa cinta. Tapi tiada.Yang ada hanyalah rasa sayang sebagai kawan dan abang.Maafkan aku duhai awak.Ya Allah kau bantulah hambamu ini.2 Mac Blackberry aku hilang.Aku redha. Dugaan Allah *yang penting aku ta menangis pun*. Terlalu banyak. Tasha sedarlah wahai hati sesungguhnya jangan engkau  terlalu taksub. Wahai hati janganlah engkau mendengar kata syaitan.Sedarlah kau telah banyak menyusahkan ibu bapa kau.Belajarlah dahulu.insyAllah semuanya akan menjadi baik. Alhamdulillah aku Berjaya menjaga solatku.Aku bermohon kepada kau Ya Allah supaya suatu hari nanti aku Berjaya menjaga auratku.Amin.Aku mahukan hidayahmu ya Allah.Bantulah aku.Pimpinlah aku.Aku terlalu hina di mata kau ya Allah. Aku takut akan dosa dosa ku. Aku malu pada kau ya Allah. Aku ta tahu apa yang aku rasakan sekarang. Tapi yang pasti aku cuba mengubah diriku. Kuala Pilah. Banyak mengajar aku aku.Mengubah aku. Aku akan merindui Kuala Pilah ini nanti. Ya Allah jika dia adalah jodohku kau kuatkanlah jodoh kami.Kau bukakanlah pintu hati kami supaya saling menerima.Jika dia bukan jodohku kau tutupkanlah pintu hatiku daripada segala maksiat dan zina hati.Kau lindungilah aku.Kau berikanlah kebahagiaan kepadaku untuk aku kuat meneruskan kehidupan ini. Amin
Nurul Natasha binti Riduan.Masih terlalu mentah dengan kehidupan.Masih belum kuat untuk terus berjuang.Masih terlalu lemah untuk berdiri teguh. Tetapi aku akan terus mencuba. Semoga Allah memberkati apa jua aku ingin tempuh. Dugaan.Terlalu banyak.Bagaimana aku hendak hadapinya.Ya Allah aku buntu.Kau tunjukkanlah jalan kepadaku.Bantulah hambamu ini.Apa salahku. Kenapa aku tidak diberi kesempatan untuk berubah.Kenapa orang masih memandang kejahatanku.
‘ LIHATLAH AKU SEKARANG BUKAN AKU YANG DUKU. SESUNGGUHNYA SETIAP MANUSIA DIBERI KESEMPATAN UNTUK MENGUBAH KEHIDUPANNYA KERANA ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PEMAAF ‘


Secebis warkah yang aku tulis dalam diari aku.Yang pasti aku menangis semasa menulis.Hanya kepada Allah aku meluahkan segala.Kepada Allah aku meminta pertolongan.Dalam hidup aku. Aku berpegang pada prinsip ‘ Allah tidak akan mengunah hidup sesorang kalau dia tidak berusaha mengubahnya ‘. Semua tertanya itu je ke buat aku berubah.Tidak. Semasa dalam proses aku menjaga solat dan pergaulanku * usahaku* aku diberikan hidayah oleh Allah. Ya Allah bergenang air mataku bila ingat balik.
Ya . Tapi masa tu gap class dua jam aku balik bilik. Dari pukul 12 – 2.Aku mengantuk yang amat.Aku tertidur. Kalian teka apa aku dapat. Aku mimpi. Yes. Mimpi yang menakutkan.Menggerunkan.Menyakitkan ya Allah.Aku nampak NerakaMu ya Allah.Aku rasa panasnya ya Allah.Aku rasa bagaimana badanku dibakar.Aku rasa betapa peritnya seluruh tubuhku. Yang aku mampu jerit ‘ MAKKKK TOLONG ACA MAKK SAKIT ACA PANAS YA ALLAH PANASS PANASS PANASS PANASS ‘ aku terjaga dari mimpi dengan badan menggigil dan berpeluh. Aku terus terbangun menangis.Azan Zohor berkumandang.Ya Allah aku takut sangat masa tu ya Allah.Aku anggap ini hidayah yang Allah berikan setelah usaha yang aku lakukan. Bagi kalian yang masih berkata dalam diri ‘ hidayah belum dapat. Masih menunggu hidayah ‘ ingatlah wahai kalian. Allah itu maha adil. Dia tidak akan memberikan hidayah itu jika engkau sendiri tidak berusaha. Menunggu seperti bintang jatuh keriba.Tidak kunjung tiba.Satu lagi persoalan. Kenapa perlu tunggu hidayah itu ?bukankalh menutup aurat itu benda yang wajib . Tanya diri kita ‘ kenapa Allah cipta manusia ? kenapa ?adakah dia cipta manusia untuk kita melanggar perintahnya. Buat diriNya murka. Sedih akan perlakuan kita. Allah ciptakan kita supaya kita beribadat kepadanya  supaya kita taat perintahnya. Supaya kita menjadi bidadari dan ahli syurganya.Bukan ahli nerakaNya.Nauzubillah.
Inilah perubahan aku yang aku rasa aku bersyukur yang amat dan aku rasa aku ta menyesal.Aku gembira sangat. Setiap kali solat aku akan menangis. Aku akan meratapi dosa silamku. Aku takut Allah tidak mengampunkan dosaku.Aku semakin tenang sekarang.Aku cintakan kehidupan aku sekarang.Tanpa lelaki. Yes. Pintu  hatiku ditutup. Tiada siapa mampu masuk buat masa sekarang.Penguat aku ialah Allah dan keluargaku. Alhamdulillah mak aku suka sangat dengan perubahan aku ‘ kan manis anak mak pakai tudung ‘ hihi. Ungkapan yang buat aku rasa nak menangis peluk mak.Kawan kawan yang sentiasa menerima perubahan diri ini terima kasih banyak banyak.Aku banyak dapat sokongan dari kawan kawan.Especially kawan kawan lama aku semua cari aku dan aku dapat sokongan yang ya Allah aku sendiri sebak.Roomates yang tidak pernah memaksa aku memakai tudung apabila aku keluar dengan mereka padahal semua roomates aku pakai tudung.Benda nie mcm buat aku malu. Dalam diam cara mereka yang tidak memaksa itu buat aku rasa ‘ kenapa aku mcm nie ta malu ke Taca ‘. Classmates yang sentiasa sokong aku. Ingat lagi kata dayah ‘ Sha aku malu dengan kau sha even aku yang bertudung nie pun ta minat buku agama tapi kau aku bangga sangat. Kau suka’ sebaknya hati ini tapi aku ta tunjuk. Aku hanya mampu senyum ‘ ala normal lah mane ada just aku suka tapi kau lagi baik dari aku Dayah ‘.
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah.Yang buruk itu datang dari kita sendiri.Maafkan aku kalau ada terguris hati sesiapa.Saling bermaafan itu indah.Jauhkan sikap iri hati sombong dan bongkak dalam diri ini.Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dunia akhirat.Doaakan kejayaan ku untuk PSPM. Doakan semoga penghijrahan ini berkekalan bukan hanya untuk diriku tapii insyAllah aku akan membawa kepada hamba hambaMu yang lain ya Allah. Bismillah.







Meraka Sahabat aku dunia akhirat







Yang sentiasa menyayangi kalian, Taca Cenonett