Blogger Backgrounds

Wednesday 17 June 2015

Marhaban Ya Ramadhan......
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, Agar dapat ku lalui dengan sempurna.

My second Ramadhan in UKM. Semoga semua dipermudahkan. Hari in tapi setahun yang lepas dibandingkan dengan hari ini tahun ini. Banyak bezanya. Aku khilaf dalam mencari hidup. Aku leka dengan segala keindahan. Aku lalai dalam menjadi hambaMu. Aku khilaf. Mungkinkah ada ruang untuk aku bersujud ?

Kawan,
Mungkin kau boleh kata aku talam dua muka, mungkin kau boleh kata aku segala bala, mungkin juga kau boleh kata aku musibat segala. Tapi aku cuma nak pesan satu perkara.KAU BELUM CUKUP MENGENALI SIAPA AKU.
Hidup ini seperi roda, kadang kita diatas kadang kita dibawah. Kita kau boleh berseronok berada diatas dan memijak mereka yag dibawah, tapi kau lupa semuanya akan berputar,berputar dan berputar sehingga kau dibawah. Jangan salahkan karma yang dijanjikan, jangan salahkan takdir yang tertulis. Kau yang lupa tuk bersyukur. Kau yang hilangkan diri tanpa satu doa. Kau yang hina kami dibawah suatu dulu. Jangan kau menyesal wahai kawan. Salam Ramadhan


Sometimes, I regret being nice, apologizing when I didn't do anything wrong and for making unworthy people a priority in my life. 

Darjat seorang wanita bukan di tapak kaki untuk dipijak, darjat wanita paling tertinggi Allah pelihara. Wanita bukan hiasan semata mata.Wanita juga bukan mainan untuk dipersenda. Makian juga paling perlu dihindar jauh untuk mereka. Tapi inilah hakikatnya bila manusia lupa hujung pangkal sebuah agama. Semakin hanyut dengan kemewahan duniawi sehingga lupa untuk saling menghargai.

Dendam membinasi diri.You just wasting your time for revenge, Those who hurt you will eventually face their own karma. Takut dengan bayang bayang sendiri. Sanggup menjadi dayus untuk kepuasan diri sendiri, 

Orang kata peoples will realize when you're gone. I'll go. I'll go far awayyyyy.Sooner or later, I'll. I'll never regret for being a apart of yours. In sha Allah

Monday 30 March 2015

Its a quiet long time I didn't write anything in my blog, and today 30 March 2015 genap 15 bulan I've been missing (MIA : Missing In Action) lol. And sepanjang 15 bulan aku menghilang selama itu juga kaki ini jauh melangkah dan hati ini lama tabah untuk sentiasa kuat menghadapi semua dugaan. Sesungguhnya aku hanyalah manusia yang hina dan lemah di muka bumi ini. Aku jahil ya Allah.

If you ask me why Im too strong to face all that challenges, do ask my mum. She's taught me a lot. Ayat yang keluar dari mulutnya tidak pernah ada satu pun menjatuhkan semangat diri ini untuk bangkit dan berjuang. Ye aku pernah rasa pasrah dalam diri. Aku pernah ada rasa untuk mati sahaja. Aku pernah rasa untuk menyerah pada takdir. Aku pernah rasa jatuh dan tak nak bangun semula. But because you mum, I wake up from that pain because you always said ' Mak tak sanggup hilang anak Mak' 'Hati seorang mak tengok anaknya dalam kesusahan lain sangat' 'Mak rindu anak mak'

Hanya hati ini yang tahu betapa aku gagah bangkit hanya kerana kasih sayangnya seorang Mak. Im not strong enough. I know Im a bad person. In any part and Im the worst part. Im missing my family so much ( I wish I can hug and kiss them right now)

And last night I feel so in pain. I don't lnow why the feeling rindu and sakit datang silih berganti. Aku terbayang semua dosaku and aku takut akan mati yang Kau janjikan ya Allah. How I want to admit it and ask Your forgiveness. Before I die, I want my mum, dad, and brothers besides me hug me and kiss me with smile ( that shows they really love me) please no crying in front of me, I'll feel so down again and again.

I lost someone in my life, this year and I really missed him, Mohamed Aqil. I lost my good companion and please promise me to keep waiting for me at Akhirat, in sha Allah. And my prayers and Doa always be with you, always . Al - Fatihah....


Monday 30 December 2013

Alhamdulillah syukur tak terkata aku masih bernyawa untuk merasai tahun baru yang kira permulaan tahun puluhan aku. Yeah lepas nie tade lagi dah sweet teen teen lol. 2014 yang semua orang mengharapkan supaya menjadi tahun yang lebih baik dari tahun 2013. Bagi aku tahun 2013 banyak mengajar aku dan memberi semangat baru dan aku harap tahun 2014 menjanjikan yang terbaik juga.

Hidup memasing tak sama. Walaupun hidup aku ta seindah korang aku tetap rasa Alhamdulillah dengan apa yang aku ada dan dapat. Siapa sangka tahun 2013 ini telah mengubah aku. Tahun 2013 ini banyak berjasa pada aku. Aku tak akan mintak diputarkan masa kembali aku cuma mahu masa berjalan lah seperti selalu dengan sejuta makna. Macam korang selalu kata 'time flies' memang lah setahun kau rasa mcm 'eah dah nak tahun baru' aku pun rasa macam tu jugak. Apa orang kata dunia akhir zaman masa pun berlalu dengan pantas.

Tepuk dada tanya selera apa azam tahun baru kau ? Aku yang tahun lepas azam lain jadi lain tapi alhamdulillah lah azam yang baik terjadi hohohoho. Tahun nie aku nak target bebetul lah aku dah malas nak jadi mcm mat jenin yang berangan tak jadi hapo. 

Yang utama semestinya : menjadi anak yang solehah kepada kedua orang tuaku. Menjaga dan menyayangi mereka adalah separuh nyawaku. Dan aku harap aku berpeluang untuk menjaga dan menyayangi mereka sepanjang umur aku. Kerna bagi aku mereka adalah segalanya dalam hidup aku. Tanpa mereka aku lemah aku tak kuat untuk berdiri di atas kaki aku sendiri.

Yang kedua : pointer mesti tinggi aku nak teruskan Master terus dekat UKM in Shaa Allah ade rezeki aku di UKM lagi tidak akan aku sia siakan. Semoga Allah permudahkan segalanya kelak.

Yang ketiga : aku nk buang sikap boros aku yang gila shopping mcm hape. Aku nak sekat keluar duit aku (aku nie dah lah pinjam PTPTN oiii ) gila lah kalau sebulan tu nak dekat RM500 habis tah kemana aku pun boleh botak cegini. 

Yang keempat : Doa yang selalu aku harap Allah perkenankan (dekatkan aku dengan orang baik untuk jaga aku dimasa hadapan kelak) semestinya suami. Itu yang mampu aku doa yelah aku perempuan kot risau jugak bila sekarang pun tade boyfriend (orang kata aku memilih) haih kalaulah kau tahu bukan senang jadi wanita untuk memilih lelaki yang terbaik untuk menjadi imam dalam keluarga. Tapi aku bukan nk kahwin sekarang pun. Target untuk masa depan je.

Btw Happy New Years Guys. For Degree's students jangan nak berangan duduk tepi pantai dengan girlfriend/boyfriend tengok bunga api study for Final. Good Luck and All the best . Salam 2014 :) 

Wednesday 13 November 2013

Apabila engkau memasuki satu fasa yang bernama Universiti kau akan rasa ape yang aku rasa. Rasa dikhianati, diperguna, dimainkan, disalahertikan dan pelbagai lagi. Jika engkau bukanlah seorang yang kuat dalam aspek fizikal dan mental kau mungin akan kecundang akhirnya. Jika engkau bukan jenis yang tabah dan sabar mungkin engkau akan jatuh tersungkur menangis kegilaan.

Suka aku menasihatkan orang yang bertanya aku erti persahabatan. Bagi aku tiada erti persahabatan disini. Biarlah ianya menjadi erti kawan. Kerana bagi aku sahabat dan kawan adalah dua benda yang berbeza. Aku bukanlah sombong hakikatnya akulah manusia paling peramah. Tetapi apa yang aku lalui membuat aku lebih berhati hati dalam apa jua aku masuk ke dalam dunia realiti ini. Bagi aku hendak berkawan boleh tetapi janganlah terlalu baik sehingga orang pijak kepala kau. Jangan terlalu menganggap apa yang dihadapan mata kau adalah kawan yang terbaik pernah engkau dapat. Bagi aku kawan yang engkau sayang ketat ketat itulah adalah musuh ketat kau kelak. Orang yang kau percaya macam nak rak tu lah yang mencanang nama kau cerita kau kehulur kehilir kelak. Orang yang kau rasa ada dikala kau susah itulah orang yang akan lari dari kau kelak. Orang yang kau rasa peneman kau menangis dikala kau hilang keyakinan diri dialah orang yang ketawa atas tangisan kau. 

Jika engkau tanya siapa kawan baik aku. Aku jua tiada jawapan itu. Jangan cakap aku tidak hargai kawan kawan aku. Oleh sebab aku hargai merekalah aku takut merasa kehilangan mereka. Aku layan mereka semua sama rata. Jangan persoalkan kenapa aku lebih suka berdiam diri sedangkan orang lain duduk berkelompok bergelak ketawa bergosip sesama mereka. Hidup didunia realiti pahit berbanding fantasi. Siapa mahu sendiri sedih dan duka. Tapi itulah hakikatnya realiti. Kawan dikala kita senang berderet beratur mcm hape. Kawan dikala kita duka akhirnya keluarga kita jua. Keluarga jua yang sentiasa berada disamping kita. Jangan kau buang keluarga kau hanya kerana kawan. Dalam apa jua erti keluarga adalah keutamaan.

Monday 21 October 2013

Jika aku diberi kuasa. Aku ingin lenyap dari dunia ini. Kenapa manusia terlalu kejam. Kenapa manusia terlalu jahil sesama manusia. Aku bukanlah malaikat ataupun nabi mahupun Tuhan. Tolonglah faham aku manusia biasa. Aku melakukan silap. Aku akur dengan ketentuan aku. Aku terima jika memang takdir aku begini. Tapi kita sebagai manusia hormatlah privasi masing masing dan respect each other. Tidak kira kau siapa dan aku siapa. Kita sama sama hamba Allah.

Sampai masa aku rasa aku bukanlah aku yang terbaik untuk semua. Aku lemah. Aku wanita memang insan yang lemah. Siapa emgkau untuk mencanang cerita aku. Siapa engkau mahu membuka segala keaiban aku. Siapa engkau untuk menentukan syurga atau neraka aku.

Inilah manusia. Pantang melihat sesama manusia bahagia. Jika benar bahagia itu bukan sebahagian hidup aku. Aku redha. Biarlah aku begini selamanya. Tapi aku mohon jangan engkau pertikaikan diri aku. Kerna aku adalah aku dan engkau juga seperti aku. Jangan kau merasa kau cukup hebat dan cukup sempurna untuk orang sekeliling kau. Jika kau mampu berada di tempat aku. Walaupun jauh beribu batu kau cuba lalui seperti mane aku lalui dan aku mampu tersenyum dan ketawa di hadapan orang. Kau memang kuat Jangan tunjukkan kau hebat melalui keburukan kau. Jangan bertabik dada di muka bumi Allah dengan apa yang kau ada. Jika kau berada di bawah kelak kau akan merasa apa itu ertinya sakit, pengorbanan dan kebahagiaan.

Aku tidak pernah menyalahkan takdir akan hidup aku. Aku terima segalanya, Sudah takdir aku begini. Aku memang begini dan aku akan begini. Memang sukar tapi aku juga mahukan bahagia. Aku berhak untuk bahagia. Aku berhak. Allah menjanjikan terbaik untuk semua hambanya, In Shaa Allah

Friday 4 October 2013

Lelaki. Susahnya untuk faham apa yang lelaki mahukan. Apa yang lelaki fikirkan. Apa lelaki inginkan. Susahnya bagi aku untuk bersabar dalam segala hal. Jika perjalanan hidup ini mudah. Dari lahir kita tahu bila jodoh ajal kita alangkah tidak mencabarnya hidup ini. Alangkah jikalau aku tahu engkau lah lelaki untukku. Tidak perlu rasenya aku berperasaan seperti pengemis jalanan. Tidak perlu agaknya aku menahan kepedihan rasa sakit dipermainkan. Perasaan yang diinjak seperti aku boneka yang engkau cari ketika engkau bosan.

Kenapa aku masih sendiri ? Tipulah kalau dalam hati tiada rasa sedih. Tiada rasa mahu disayangi. Tipulah kalau aku tidak cemburu melihat kebahagiaan orang lain. Tipulah segalanya aku tidak sunyi. Sehingga suatu ketika aku berputus asa. Hidup matiku hanya untuk Allah dan keluarga.

Jika rasa sakit itu disimpan sendiri ianya amat pedih. Lelaki, tidakkah kau merasa apa aku rasa. Jika niatmu hanya untuk berjenaka pergilah engkau jangan sekali pandang ke belakang melihatku menangis kegilaan. Jika benar engkau bukan segalanya bagi aku. Aku redha cuma aku sentiasa berharap engkau terbaik untuk jodohmuselamanya.

Jika suatu masa aku melihat engkau di atas pelamin bersama isterimu. Akan ku terseyum bahagia untukmu. Di atas kurnianNya yang tidak ternilai yang Allah jadikan untukmu dan isterimu. Doa yang ikhlas aku titipkan untukmu kawan. Kerana aku tahu jodoh itu milik Allah yang sangat tidak ternilai.

Jika suatu masa kau melihat jasadku terkulai tidak bermaya aku mohon kau titipkan doa yang baik untukku. Jangan sesekali kau melupakan aku. Kerna aku sentiasa berharap engkau sentiasa menjadi sahabat dunia akhiratku. Wasalam

Thursday 26 September 2013

Kita manusia. Kita gembira. Kita bersedih. Dan aku ? Aku tersangat gembira di hadapan orang. Aku adalah insan yang orang label 'hyperactive'. Akulah manusia yang orang suka bila berbual bersama. Kerana bagi aku membuat orang tertawa adalah kebahagiaan bagi aku. Membuat orang senang bersama aku adalah cara aku. Membuat orang berjauh hati amat membuat aku rasa amat bersalah seumur hidup. Akulah manusia yang sering menjaga perasaan manusia lain. Akulah manusia yang orang kata terlalu naif sehingga perasaan sendiri ditolak ketepi. Akulah orang yang sering sembunyikan gelodak hati yang pedih dikhayalak ramai. Kalaulah kalian mengerti ape aku lalui dan rasai mungkin laluan segala hal akan menjadi lebih mudah.

Tiada siapa sangka disebalik kegembiraan aku dihadapan manusia manusia. Akulah manusia paling tersedih didunia bila aku keseorangan. Akulah yang banyak menangis sebelum tidur. Akulah insan yang selalu menangis doa selepas solat. Akulah insan yang sering tewas dengan perasaan sendiri. Akulah insan yang sering dianggap senang dibuli untuk menjadi 'kambing hitam' . Akulah yang dianggap tiada perasaan untuk dijaga. Perasaan aku dipijak. Akulah insan yang sering dipulau oleh kawan sendiri. Akulah insan yang sering manusia cari ketika susah. Akulah insan yang manusia sering lupa semasa mereka senang. Akulah yang selalu menyimpan berjuta jnji manis manusia sekalian tetapi aku jualah yang dilupakan. Akulah semuanya.

Sesungguhnya aku bukanlah insan yang tersangat kuat untuk melalui semuanya. Aku bukanlah Nabi ataupun Malaikat. Aku manusia biasa. Kadang kala aku rebah. Rebah tanpa mampu berdiri. Aku menangis tanpa suara yang aku rasa ianya sangat sakit. Aku menangis sekuatnya sambil aku berdoa ' Ya Allah Kau kuatkanlah aku ' . Aku menangis tanpa mampu berkata sepatah pun.Dan aku tahu ianya sangat sakit.

Tapi aku tahu Allah bersama aku. Aku tidak mengharapkan sebuah kebahagiaan. Aku cuma berharap Allah bersama aku. Memerhati aku. Menjaga aku. Mendengar luahan aku. Melihat air mataku dan menemani ketika aku lemah. Memberi kekuatan kepada aku dikala aku rasa putus asa. Inilah aku. Inilah aku yang kuat kerana mampu berdiri senyum dihadapan semua orang. Mampu bergelak walaupun di dalam nya sangat terluka. Inilah aku.