Blogger Backgrounds

Wednesday 13 November 2013

Apabila engkau memasuki satu fasa yang bernama Universiti kau akan rasa ape yang aku rasa. Rasa dikhianati, diperguna, dimainkan, disalahertikan dan pelbagai lagi. Jika engkau bukanlah seorang yang kuat dalam aspek fizikal dan mental kau mungin akan kecundang akhirnya. Jika engkau bukan jenis yang tabah dan sabar mungkin engkau akan jatuh tersungkur menangis kegilaan.

Suka aku menasihatkan orang yang bertanya aku erti persahabatan. Bagi aku tiada erti persahabatan disini. Biarlah ianya menjadi erti kawan. Kerana bagi aku sahabat dan kawan adalah dua benda yang berbeza. Aku bukanlah sombong hakikatnya akulah manusia paling peramah. Tetapi apa yang aku lalui membuat aku lebih berhati hati dalam apa jua aku masuk ke dalam dunia realiti ini. Bagi aku hendak berkawan boleh tetapi janganlah terlalu baik sehingga orang pijak kepala kau. Jangan terlalu menganggap apa yang dihadapan mata kau adalah kawan yang terbaik pernah engkau dapat. Bagi aku kawan yang engkau sayang ketat ketat itulah adalah musuh ketat kau kelak. Orang yang kau percaya macam nak rak tu lah yang mencanang nama kau cerita kau kehulur kehilir kelak. Orang yang kau rasa ada dikala kau susah itulah orang yang akan lari dari kau kelak. Orang yang kau rasa peneman kau menangis dikala kau hilang keyakinan diri dialah orang yang ketawa atas tangisan kau. 

Jika engkau tanya siapa kawan baik aku. Aku jua tiada jawapan itu. Jangan cakap aku tidak hargai kawan kawan aku. Oleh sebab aku hargai merekalah aku takut merasa kehilangan mereka. Aku layan mereka semua sama rata. Jangan persoalkan kenapa aku lebih suka berdiam diri sedangkan orang lain duduk berkelompok bergelak ketawa bergosip sesama mereka. Hidup didunia realiti pahit berbanding fantasi. Siapa mahu sendiri sedih dan duka. Tapi itulah hakikatnya realiti. Kawan dikala kita senang berderet beratur mcm hape. Kawan dikala kita duka akhirnya keluarga kita jua. Keluarga jua yang sentiasa berada disamping kita. Jangan kau buang keluarga kau hanya kerana kawan. Dalam apa jua erti keluarga adalah keutamaan.

2 comments: