Blogger Backgrounds

Thursday 26 September 2013

Kita manusia. Kita gembira. Kita bersedih. Dan aku ? Aku tersangat gembira di hadapan orang. Aku adalah insan yang orang label 'hyperactive'. Akulah manusia yang orang suka bila berbual bersama. Kerana bagi aku membuat orang tertawa adalah kebahagiaan bagi aku. Membuat orang senang bersama aku adalah cara aku. Membuat orang berjauh hati amat membuat aku rasa amat bersalah seumur hidup. Akulah manusia yang sering menjaga perasaan manusia lain. Akulah manusia yang orang kata terlalu naif sehingga perasaan sendiri ditolak ketepi. Akulah orang yang sering sembunyikan gelodak hati yang pedih dikhayalak ramai. Kalaulah kalian mengerti ape aku lalui dan rasai mungkin laluan segala hal akan menjadi lebih mudah.

Tiada siapa sangka disebalik kegembiraan aku dihadapan manusia manusia. Akulah manusia paling tersedih didunia bila aku keseorangan. Akulah yang banyak menangis sebelum tidur. Akulah insan yang selalu menangis doa selepas solat. Akulah insan yang sering tewas dengan perasaan sendiri. Akulah insan yang sering dianggap senang dibuli untuk menjadi 'kambing hitam' . Akulah yang dianggap tiada perasaan untuk dijaga. Perasaan aku dipijak. Akulah insan yang sering dipulau oleh kawan sendiri. Akulah insan yang sering manusia cari ketika susah. Akulah insan yang manusia sering lupa semasa mereka senang. Akulah yang selalu menyimpan berjuta jnji manis manusia sekalian tetapi aku jualah yang dilupakan. Akulah semuanya.

Sesungguhnya aku bukanlah insan yang tersangat kuat untuk melalui semuanya. Aku bukanlah Nabi ataupun Malaikat. Aku manusia biasa. Kadang kala aku rebah. Rebah tanpa mampu berdiri. Aku menangis tanpa suara yang aku rasa ianya sangat sakit. Aku menangis sekuatnya sambil aku berdoa ' Ya Allah Kau kuatkanlah aku ' . Aku menangis tanpa mampu berkata sepatah pun.Dan aku tahu ianya sangat sakit.

Tapi aku tahu Allah bersama aku. Aku tidak mengharapkan sebuah kebahagiaan. Aku cuma berharap Allah bersama aku. Memerhati aku. Menjaga aku. Mendengar luahan aku. Melihat air mataku dan menemani ketika aku lemah. Memberi kekuatan kepada aku dikala aku rasa putus asa. Inilah aku. Inilah aku yang kuat kerana mampu berdiri senyum dihadapan semua orang. Mampu bergelak walaupun di dalam nya sangat terluka. Inilah aku.

No comments:

Post a Comment