Blogger Backgrounds

Thursday 19 September 2013

NORMA KEHIDUPAN

Menjadi manusia yang sempurna dihadapan orang memang mudah, Hanya perlu berlakon kau lah yang terhebat dalam segala hal. Tapi cuba kau menjadi hamba yang sempurna dihadapan Allah. Tahukah engkau betapa kerdilnya kau. Betapa hinanya kita sebagai manusia yang sering tidak lepas dari melakukan dosa. NOBODY PERFECT. Yeah i stand with this STATEMENT. Whatever you do Whatever yo try change yourself. YOU'RE NOT PERFECT. Dari situ aku belajar untuk memaafkan diri aku sendiri. Memaafkan diri yang jahil. Diri yang kosong tanpa ilmuMu. Diri yang sering lalai dengan hasutan syaitan. Diri yang leka dengan nikmat yang kau berikan. Diri yang sering lalai dengan tanggungjawab yang kau berikan. Aku belajar untuk menerima diri yang hanyut kembali mencari cahayaMu.

Alhamdulillah kini aku bergelar Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian. Diri yang sering merendah diri hanya menganggap diri tidak layak menjejak kaki di Uni ini. Allah Maha Adil. Kita mampu merancang hanya Dia menentukan. Terlalu banyak perluang Dia beri padaku. Buka lah mata Buka lah hati. Bukalah minda. Bersyukur pada Maha Esa.

Pernah aku terfikir kenapa hidupku begini. Kenapa aku tidak seperti dia. Tetapi tanpa aku sedari orang lain pula inginkan kehidupan seperti aku. Janganlah bersedih. Jikalau kau merasa kau lah manusia paling malang. Ada lagi malang dari kau. Tapi mereka tidak pernah mengeluh atas hidup mereka. Mereka bahagia. Bagi mereka hidup mereka lengkap dengan adenya agama dan Allah. Sering kita terfikir hendak menjadi orang terkaya. Bahagianya hidup kita. Persoalannya bahagiakah ? Menjadi orang kaya dan salah membawa harta ke jalan yang salah. Akhirat menunggu kehadiran kita atas tanggungjawab itu.

Memang. Memang hidup ini tidak seindah kita impikan. Tapi ingat hidup ini adil. Jangan sesekali terfikir kenapa hidup tidak adil. Kenapa aku miskin dan dia kaya. Kenapa dia cantik aku tidak. Kenapa dia pandai aku tidak. Kenapa dia disanjung dan aku tidak. Berfikirlah kamu. Di dalam semua kesempurnaan yang anda fikirkan tiada pada kamu itu Allah simpankan di akhirat sana. Kaya kau selamanya di rumahNya. Cantik muda kekal kau di syurga. Pandai cerdik kau di sisi Allah. Kau disanjung tinggi dengan akhlak terpujimu.

Orang yang cantik selalu lalai. Leka dengan pujian sehingga lupa apa yang dimiliki itu hanya sementara. Ianya milik Allah dan sekelip mata sahaja Allah berhak mengambil semula. Seperti aku kata jika kau rasa kau tidak cantik itu silap besar. Allah itu adil. Kau sungguh cantik dimataNya dan kau sungguh cantik dalamanmu. 

Aku juga manusia. Aku juga lalai. Aku juga leka. Aku sering melakukan dosa. Aku pernah terasa ingin menjadi seperti burung yang terbang bebas tanpa sebarang masalah. Tapi aku lupa yang aku mahkluk paling bertuah menjadi seorang manusia yang tinggi darjatnya di mata Allah. Allahuakhbar !

Terima kasih ya Allah atas segala nikmatMu yang tidak terhingga. Semoga aku sentiasa menjadi insan yang sering Engkau perhati dan Kau sayangi. Amin 

3 comments: